Google+ Followers

Tuesday, 30 December 2014

MINGGU KE 35 KEHAMILAN

Hari nie dh kangdungan daya dh 35 minggu 1 hari, semalam g check up perut Alhamdulilah anak ibu kt dlm perut nie sihat..makin aktif plak dh hujung2 nie.. Xsabar nk jumpe ibu yer, ibu pn same jugak. Hari nie kt klinik kne ambik darah sbb HB rendah smp 10.1 minggu ke 32, apelg kne marahla ngn Doctor ,so Doc suruh beli ubat TABLET IBERET FOLC kt famasi harge Rm 30.00 .. ubat nie mmg mujarap bru mkn bape mggu hari nie cek darah Alhamdulilah HB daya dh 11.8... seronok nyela , untuk anak ibu ibu snggup klua duit ckit janji anak ibu sihat..tp yg xbest nye bile mkn ubat nie berat daya naik banyak plak kali nie sampai 2.8kg naik... Doc pesan mkn nasi 1 kali je sehari, ok daya akan cube ,sebab dh biase mkan nasi kn... almaklumla daya nie kn mmg jenis masak kt rumah.. en abg pn mmg makan kt uma jer... 

ha... niela dia ubat nye...

ok bagi yg nk taw perkembangan baby dlam 35 minggu jom kite layan ,

anda sekarang 2.4kg dan panjangnya ialah lebih kurang 45sm dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 11kg ke 13.6kg, dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. 

Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 

Masih belum mendapat nama bayi? Cuba rujuk nama-nama bayi kami untuk mendapatkan idea-idea baru. 

Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan. 

  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Laman-laman di bahagian ini bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.